I'm Waiting You
BlackWhite?



Assalamualaikum

Bonjour Guys!. You was stuck in my blog.
No Haters, Copycats and Anon here.


Round-Round



Story About Links Goodies


Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
NUR AMIRAH IZZATI FAIZ
Monday 26 May 2014 | 02:39 | 0 BlackWhite


                                          Assalamualaikum ! memang dah lama aku menyepi , sekarang ni aku muncul kembali dengan membawa nafas dan buku baru . Aku tak tahu nak luahkan perasaan ni kat siapa , tempat mengadu aku hanya pada allah . ALLAH telah merapatkan hubungan aku dengan Nur Amirah Izzati Faiz ada sebabnya dan ada hikmahnya . Aku bukan Azrul yang dulu . Amirah ialah kawan lama aku masa form 1 kat sekolah rantau panjang , dulu masa kat dalam kelas dia lah yang paling diam langsung tak bercakap , dan dia lah yang paling pandai , aku pelik jugak kenapa dia boleh masuk satu kelas dengan aku , masa aku edarkan kertas exam , terkejut aku tengok math dia boleh A . Aku dulu masa form 1 selalu perhatikan cara amirah ni sebab perangainya pelik dari yang lain , dia seorang pemalu sangattt dan dia jalan macam nak berlari jeer lajuu sangat dia jalan hehe . Dalam bulan 7 macam tu aku pindah ke highschool , hari terakhir aku nak pindah , aku sebenarnya suka sangat kat amirah tapi aku diam sebab malu biasalah cinta cintun beruk monyet masa tu hehee ^_^ . Bila malam terakhir aku sekolah di rantau panjang , aku ada tulis satu diari dalam buku aku full page tentang dia sahaja , sekarang ni aku sudah rapat dengan dia , aku cuba menggeledah , mencari , selongkar rumah , tapi buku diari masa aku form 1 tu mungkin dah terbuang !  aku teringin nak post kat rumah dia apa yang aku pernah tulis pasal dia hehe . akhirnya aku pindah ke highschool dengan perasaan kecewa . ^_^




                Sekian  lama kita berpisah , akhirnya kita berjumpa kembali seperti drama cinta hehe . Macam mana kita bertemu kembali ? . Awak mesti ingatkan pasal ni , tak silap dalam akhir bulan 12/2013 masa form 4 dah nak melangkah ke form 5 . Ketika tu aku kerja catering hanya sambilan sahaja  kat satu kenduri rumah orang , aku buat kat Aman perdana . Masa aku tengah kelang kabut buat kerja berlari sana berlari sini aku macam perasan dari tadi  ada orang asyik perhatikan aku ,  Bila aku tengah berdiri perhatikan kiri-kanan pastu aku terpandang seorang gadis ni pandang tajam ke mata aku , aku pun bertentang mata dengannya , bila gadis itu perasan aku pandang dia , dia tetiba alihkan pandangan ke tempat lain , Dalam hati aku berkata " ada ke orang nak pandang aku, aku dah lah kerja macam ni dengan comot comotnyerr " . Bila kali pertama aku tengok muka dia , rasa macam pernah nampak tapi dimanaaa yaa , kali kedua aku pandang Lahhhh Amirah rupanya tapi malu nak tegur , Hari itu adalah bersejarah dalam hidup aku , aku rasa seronok sangat hari tu tapi bila dia nak  balik tu aku pandang jer dia , perasaan sedih mula menyelubungi diriku . Tahu tahu aku balik jer rumah on FB ,  Amirah terus  IM aku , semenjak itu kita mula berkawan  tapi tak beberapa rapat .



       Macam mana kita rapat ? bila kita mula cuba untuk merapatkan hubungan kita kembali , aku rasa dah setahun kita rapat tapi tak couple kan ? sebab aku nak jadikan amirah sahabat baik aku dan bila sampai masanya yang sesuai baru aku akan fikir ke depan .  Selama ni Awak perasaan tak ? pernah tak kita bergaduh ? tak pernah kann Sebabnya aku ni bukan jenis yang suka marah , aku sentiasa ingatkan dia jika ditimpa masalah yang besar pun jangan lah sedih kerana dengan sedih kita akan buntu dan lagi bertambah susah , tapi dengan sentiasa senyum dapat berfikir menyelesaikan masalah , dan pasti dapat keluar dari masalah itu ^_^  .

              Aku selalu tengok dia kat tempat kerja hahaa . Sejak aku tahu dia kerja kat company baba dia di bandar baru klang , syarikat wawasan sutera . Aku mencari seluruh bandar baru semua aku tawaf tengok setiap lot kedai dengan teliti , sampai lah aku jumpa pagi tu , aku terus duduk kat situ dari pukul 7 pagi sampai lah dia masuk kerja pukul 8.30 pagi , Hari tu lah buat kali pertama aku melihat dia depan-depan Tapi yang aku peliknya dia boleh kenal aku walaupun dia tak nampak muka aku , aku dah pakai helmet visor betul-betul gelap punya , itu pun dia kenal aku lagi . Pastu dia mesej " oit mengintip yerr " . aku terus cakap yang aku ada kat rumah , pastu aku acah acah tak tahu apa yang dia maksudkan . Sebnarnya aku tak ada langsung niat nak menipu dia , aku cuma tak nak dia tahu  kerana aku ingin dia rasa selesa bekerja . Semenjak aku dah mengenalpasti tempat dia bekerja , Aku sentiasa berada di situ untuk menjaga dia tanpa pengetahuan dia . Semenjak itu , bila aku tahu dia kerja aku datang tempat kerja dia setiap hari kecuali hari ahad sebab dia cuti , aku ekori dia sampai rumah memang laju acik dia bawak kereta hahaaa , tiap-tiap hari aku akan tukar gaya pakaian ,menukar tempat yang biasa aku tunggu dia , ada masa dia memang langsung tak tahu itu sebenarnya aku , sebab aku pakai baju hujan motor lain dan semua lain lahh hahaa, Aku akan jaga dia dan pastikan dia balik kerja dengan selamat , sesiapa yang kacau dia kasi hadap sama aku dulu !  Sampai lah masa yang sesuai aku bagitahu segala-segalanya .
               
                       
                            Sebelum tu dia dah bagi tahu rumah dia kat mana , tapi aku tak beberapa faham sebab dia hanya cakap tepi jalan tapi nasib baik dia ada cakap seberang dengan tempat WK . Aku dah dapat satu clue , so mulakan misi pencarian . Akhirnya alhamdulillah jumpa jugak . aku betul-betul sangat terkejut !!! Rupanya betul lah firasat aku sebelum nie , Apabila aku lalu tepi jalan tu , aku mesti memandang ke arah rumah itu dan memikirkan pasal dia , Tak sangka pulak itu lah rumahnya . Sumpah aku tak tipu , memang dari dulu hati aku selalu tertarik ke rumah tu tapi aku tak tahu kenapa , dan kenapa dulu aku selalu pandang rumah tu ? padahal banyak lah rumah kat situ .


   
            Aku nak minta maaf sangat-sangat kat dia , sebab aku selalu buat surprise kat dia tanpa pengetahuan dia hehee sorry tau ^_^ . Masa aku tengah makan kat Restoran Sri Hass , Aku tanya kat dia " dah makan belum ?" pastu dia dia cakap dia puasa .Aku tanya lah makanan kegemaran dia , dia cakap kuehtiaw ! Wahhh memang sama lah dengan selera aku haha ^_^ . Aku terus order kuehtiaw bungkus pastu belikan dia air milo supaya dia cergas dan kuat hahaa . Sambil aku tengah mesej dengan dia , aku terus berdesup sampai rumah dia dan letak kuehtiaw dengan air milo tu atas pagar rumah dia , dah macam pencuri lah gaya aku masa tu , tengok kiri kanan dengan cermin helmet gelap , dah letak makanannyer  pastu naik motor cepat cepat blahh takut punya pasal hahaahaa . Aku pun hantar makanan tu dalam pukul 7 waktu  dah nak berbuka . Aku pun mesej kat dia " Awak , tadi barang saya ada tertinggal kat atas pagar rumah awak , awak tolong simpan kan barang saya tu " . Dia pun dah mula takut lah , aduhh hahaa . Aku terus cakap pergi jerr tengok jangan takut . Lepas sekali aku dah buat macam tuh , aku dah takut lah . Lepas tu aku kerap pergi rumah dia walaupun dia tak keluar , aku faham sangat dia ni macam mana ^_^ .

 
 Aku bagi dia patung superman yang aku simpan dan Aku Lukis gambar dia , aku masuk kan dalam satu fail , dan ada beberapa kertas yang aku tulis tentang dia , kali ni aku masukkan fail ni dalam peti rumah dia . walaupun macam apatah jadinya lukisan aku ni tapi aku cuba .




                                     # NUR AMIRAH IZZATI BINTI FAIZ #










   

# PATUNG SUPERMAN AKU SERAHKAN KEPADA AMIRAH , DAN BATMAN LAGI SATU TU AKAN BERADA BERSAMA AKU , KALAU KITA TERPISAH MAKA TERPISAH LAH BATMAN DAN SUPERMAN TU . JIKA DIA TELAH MENJADI SAH UNTUKKU MAKA BATMAN DAN SUPERMAN INI AKAN BERTEMU SEMULA # INSYALLAH






NUR  AMIRAH IZZATI APA YANG AKU BUAT SELAMA NI ADA SEBAB , SEBAB AKU BETUL BETUL SAYANG PERSAHABTAN DENGAN AMIRAH . 

" Allah mempertemukan saya dengan awak sebab allah ingin saya berubah , dan sekarang saya telah berubah menjadi lebih baik , dan saya akan terus mencuba untuk jadi lebih baik , Allah telah menghantar awak untuk rapat dengan saya , dan awak telah berjaya merubah cara hidup saya , Dan tiba masanya Allah memisahkan kita buat sementara waktu , Untuk melihat adakah saya berubah sebab awak atau sebab Allah , Saya Akan tingkatkan perubahan ini " 




#NUR AMIRAH IZZATI BINTI FAIZ# #ONEDAY 











#SelepasDiaTamatPengajianAkuAkanMasukMeminang #JikaAdaJodohTakKemana 















Older Post | Newer Post