I'm Waiting You
BlackWhite?



Assalamualaikum

Bonjour Guys!. You was stuck in my blog.
No Haters, Copycats and Anon here.


Round-Round



Story About Links Goodies


Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
10/10/10 ; kemalangan maut yang melibatkan bas , 11/11/11; kemalangan maut yang melibatkan bas . 12/12/12 ???
Tuesday, 11 December 2012 | 06:15 | 0 BlackWhite

Gambar Kemalangan Di Kilometer 223 Berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat - 10/10/2010



Mangsa cedera cerita saat sebelum kemalangan babitkan enam kenderaan

REMBAU: Sekurang-kurangnya 12 maut dan lebih 40 cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi.
Kemalangan berlaku jam 7.12 malam apabila sebuah bas Ekspres Delima dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van. Sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam kemalangan itu.
Setakat tengah malam tadi, jumlah sebenar mangsa belum dikenal pasti kerana semua yang terbabit sama ada yang meninggal dunia dan cedera, termasuk parah dihantar ke hospital.
Gambar Kemalangan Di Kilometer 223 Berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat - 11/10/2010
SEBUAH bas menghempap sebuah kereta dalam nahas di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan, iaitu di antara Hentian Pedas-Linggi dan Plaza Tol Simpang Ampat.
Gambar Kemalangan Di Kilometer 223 Berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat - 11/10/2010
ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), paramedik serta anggota polis mengangkat mayat mangsa kemalangan.


“Sebahagian besar mangsa dihantar ke Hospital Tampin, Alor Gajah dan Melaka bagi memudahkan mereka menerima rawatan kerana kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan,” katanya kepada Berita Harian malam tadi.

MAYAT diletak di tepi jalan ketika kerja menyelamat dilakukan.


Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, berkata 24 pegawai dan anggota dari balai Rembau, Tampin dan Alor Gajah dihantar ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.
Seorang penumpang bas ekspres yang cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Nur Najlaa Aqilah Mohd Ghazali, 19, berkata dia sedang tidur ketika kejadian.
Gambar Kemalangan Di Kilometer 223 Berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat - 11/10/2010
ANGGOTA bomba membersih serpihan kenderaan bertaburan atas jalan.


Pelajar Universiti Malaya itu berkata, dia terkejut daripada tidur apabila bas bergoyang kuat dan berpusing beberapa kali sebelum terbabas di lebuh raya bertentangan.


SEORANG mangsa diberikan bantuan.


“Bas menimpa sebuah kereta sebelum dirempuh sebuah bas dari arah bertentangan. Keadaan kelam kabut dan nasib baik saya hanya cedera ringan,” katanya yang cedera muka dan tangan.
Gambar Kemalangan Di Kilometer 223 Berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat - 11/10/2010
Kenderaan yang remuk


KEADAAN bas yang terbalik selepas terbabit dalam kemalangan maut di KM 223 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pedas, malam tadi.

Difahamkan, bas JKM terbabit membawa bekas tentera yang menghadiri Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, petang semalam.-BHarian






KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11




11, 11, 2011

11November Gambar kemalangan – 4 maut dalam nahas melibat bas dan trailer

Tarikh 11.11.11 yang ditunggu ramai orang bagi melaksanakan sesuatu perkara penting dalam hidup memberi makna sebaliknya kepada empat mangsa yang terbunuh di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan yang terletak 100 meter dari hentian sebelah Behrang dekat sini semalam.
accidentloritreler%25255B7%25255D KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11
Tragedi pukul 4.30 pagi itu amat tragis kerana tiga daripada mangsa yang terbunuh merupakan penumpang bas membawa rombongan 36 pelajar dan tiga guru bercuti di Genting Highlands, Pahang. Mereka sebelum itu terselamat selepas bas terbalik.
kemalangan%2525202 KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11
Namun kira-kira 10 minit selepas semua peserta rombongan itu keluar dari bas yang terbalik, sebuah treler membawa guni pasir pula melanggar bahagian belakang bas tersebut yang berada di lorong paling kiri sebelum treler itu menyondol kumpulan rombongan yang berada di luar bas.
kemalangan%2525206 KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11
2 KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11
Akibat rempuhan itu, dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Merah, Kulim, Kedah, Khairul Anwar Azhan, 15, serta Maysarra Zaidi, 15, dan guru pengiring, Siti Hajar Mohamad, 33, terbunuh.
Seorang lagi yang maut ialah Ketua Wanita UMNO Cawangan Alor Teja, Basarah Saad, 45.
1 KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11
Basarah bukan peserta rombongan pelajar sekolah itu tetapi dia menyertai rombongan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar yang menaiki sebuah bas lain yang berhenti kira-kira 10 meter dari bas yang terbalik semata-mata untuk memberi bantuan kepada mangsa bas terbalik itu.GambarKemalanganMautBas 2 KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11
Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supritendan Md. Tahir Kasim berkata, Khairul Anwar, Maysarra dan Basarah maut di tempat kejadian manakala Siti Hajar mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River (HSR).
GambarKemalanganMautBas 1 KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11
Menurut beliau, tujuh penumpang bas rombongan pelajar itu cedera parah. Mereka yang cedera parah dihantar ke HSR dan Hospital Teluk Intan.
GambarKemalanganMautBas 3 KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11

Read more: http://www.enciknakal.com/2011/11/kemalangan-bas-dan-treler-di-behrang-11-11-11.html#ixzz2EocAlrAT



 12/12/12 ??????????????? harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku . Amin !!












Older Post | Newer Post