I'm Waiting You
BlackWhite?



Assalamualaikum

Bonjour Guys!. You was stuck in my blog.
No Haters, Copycats and Anon here.


Round-Round



Story About Links Goodies


Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
Kepentingan Usaha Dakwah Iman Dan Amal
Tuesday 7 October 2014 | 01:39 | 0 BlackWhite

Kepentingan Usaha Dakwah Iman dan Amal

Dakwah adalah satu kerja dan dia tidak ada kena mengena dengan peribadi seseorang tetapi dakwah ialah usaha suci murni Nabi s.a.w. yang kita semua kena buat. Berulang-ulang kali kita mendengar bayan tentang kepentingan usaha agama adalah bertujuan untuk mewujudkan asas-asas yang setiap orang buat usaha dakwah harus ada dalam kehidupan mereka. Satu orang yang buat usaha ini harus sedar kenapa dia buat usaha ini. Adakah semua orang lain buat maka kita pun ikut buat juga?. Kita buat usaha ini kerana Allah s.w.t. Allah s.w.t. perintahkan pada baginda Rasulullah s.a.w. supaya beritahu agama pada semua orang. Dengan basirah yang ada pada Nabi s.a.w. iaitu panggil manusia pada iman. Begitu juga basirah yang sama yang ada pada pengikutnya, kita kena panggil manusia pada iman. Bila kita dapat basirah ini, barulah kita dapat buat usaha dengan istiqamah.
Dan sekiranya kita tak ada basirah tentang kefahaman yang sebenar dalam usaha ini lama kelamaan kita akan jadi boring untuk buat usaha ini. Oleh itu kita kena fikir apakah maksud dalam satu-satu perkara yang kita nak usahakan. Maksud kita buat usaha dan dakwah manusia pada agama Allah s.w.t. ialah kita kena ubahkan pemikiran kita terhadap pendirian dan semangat kita. Usaha yang kita buat ini bukan untuk islahkan orang lain tapi untuk islahkan diri sendiri untuk membetulkan iman dan yakin kita. Orang yang dapat hidayat melalui kita , itu natijah daripada usaha yang kita buat tetapi itu bukan maksud kita. Maksud kita yang sebenarnya ialah diri kita dapat di perbaiki.

Sepertimana seorang peniaga yang ada kedai. Orang lain akan dapat manfaat dari kedainya tetapi dia dapat keuntungan. Tidak ada sesiapa pun yang berniaga semata-mata untuk orang lain. Dia buat untuk dirinya sendiri dan disamping itu orang lain dapat manfaat dari perniagaannya. Kerja kita untuk membetulkan diri kita sendiri. Bila kita buat usaha dengan niat untuk islahkan diri kita maka barulah kefahaman dakwah akan datang dan kita akan dapat buat usaha ini dengan maksud yang sebenar. Setiap daripada kita memang memerlukan pengislahan diri.

Kalau kita buat usaha ini dengan niat untuk islahkan orang lain maka dengan cepat kita akan mudah jadi bosan dengan usaha ini. Orang yang buat usaha degan niat untuk betulkan orang dia alkan dapat dua perkara.
Dia akan marah dan putus asa iaitu bila orang tak ikut dia punya cakap maka dia akan marah dan meradang. Kalu dia tak marah pun dia akan putus asa. Sifat marah dan sifat putus asa tidak ada pada Ambiya’ a.s. Nabi-nabi a.s. buat usaha dengan penuih basirah jadi mereka punya usaha berterusan. Kerana tanggungjawab mereka pada Allah s..w.t. terdapat dalam usaha mereka. Sekiranya ada seorang Nabi yang tidak ada satu orang pengikut pun di Masyar nanti namun kejayaannya sama dengan nabi yang paling ramai sekali pengikutnya. Setengah dari para-para Nabi a.s. tetap buat usaha dakwah sungguh-sungguh walaupun kaumnya tak nak ikut dan tak pernah putus asa. Nabi-nabi a.s. akan berhenti buat dakwah pada kaumnya bila mana datang perintah Allah s.w.t. supaya tak payah buat dakwah pada kaumnya lagi.

Nabi Nuh a.s. buat usaha selama 950 tahun pada kaumnya hasil daripada itu hanya 80 orang saja terima dakwahnya. Kaum Nuh a.s. banyak buat kezaliman namun baginda tetap dakwah pada meraka. Dia tak tinggalkan kaumnya walaupun kaumnya menyusahkan beliau. Satu orang yang buat usaha dakwah atas dasar untuk mengubat atau memperbaiki dirinya maka dia tak akan tinggalkan usaha dakwah. Untuk istiqamah dalam usaha ini kita kena kekalkan niat untuk islahkan diri kita sendiri.

Buat usaha tanpa niat islah diri, apabila orang tak dengar cakap kita maka kita akan marah dan putus asa tetapi bila orang ikut cakap kita maka penyakit lain akan timbul dalam diri kita iaitu ujud, takabur dan sebaganya akan datang dalam diri kita.
Apa yang kita hendak untuk diri kita maka kita dakwah orang lain pada perkara itu maka peningkatan atas perkara itu akan datang dalam diri kita. Dakwah para-para nabi walaupun kaumnya dengar ke tidak, namun bagi mereka sama saja sebab Dia tetap akan dapat faedah dari Allah s.w.t. 

Apa yang kita bentangkan pada tuan-tuan ialah kenapa kita buat usaha dakwah? Kita buat usaha dakwah ini supaya keyakinan kita berubah dan suasana keagamaan berubah. Ubahkan iman dan yakin kita dan ubahkan suasana.

Mungkin kerana kejahilan atau kerana agak lama kita telah tinggalkan usaha ini maka ada orang yang berkata, apa-apa amal yang kamu tak buat maka janganlah kita suruh orang lain buat. Ini perkataan yang salah contoh:sepertimana bila kita tinggalkan sembahyang maka kita akan berdosa begitu juga bila kita tak suruh orang sembahyang pun berdosa juga maka kita sudah ada dua dosa. Maknanya bila kita tak buat satu-satu amalan (fardhu) maka kita berdosa dan tak targhib orang lain pada amalan tersebut pun berdosa. Allah s.w.t. mengingatkan kita bila kita tak bantu orang-orang miskin dan tidak pula suruh orang lain bantu mereka maka dua dosa kita akan dapat iaitu tak bantu mereka dan tak suruh orang pula bantu mereka. Apabila kita tak amalkan satu-satu perkara itu bukanlah kelonggaran bagi kita untuk tidak suruh orang lain buat perkara itu.

Kita semua kena buat usaha dakwah kerana semua para Ambiya’ a.s. didatangkan semuanya atas maksud dakwah. Usaha dakwah ini dari satu nabi ke satu nabi yang lain. Ia dipindahkan oleh Allah s.w.t. Maulana Iliyas rah. diberi usaha ini dan sebenarnya usaha ini ialah milik dan usaha Nabi-nabi a.s.

Kalau sesiapa ada jumpa barang yang sudah hilang jadi orang yang dapat barang itu dia bukan pemilik barang itu yang sebenarnya kerana barang itu tetap kepunyaan pemilik yang hilang barang itu. Oleh itu kita kena yakin walaupun kita sudah dapat usaha dakwah ini namun pemilik usaha ini sebenarnya ialah Ambiya’ a.s. dan jika kita buat usaha ini sama macamana mereka buat maka bantuan Allah s.w.t. sama dengan apa yang para Ambiya’ a.s. dapat dahulu. Nusrah Allah s.w.t. pada Ambiya’ a.s. tak pernah habis. Oleh kerana usaha dakwah ditinggalkan oleh umat ini maka mereka dah putus asa daripada bantuan Allah s.wt. Kenapa bantuan tak datang? Kerana umat tinggalkan usaha dakwah. Bila umat ini dah putus asa maka mereka buat dua amal iaitu untuk kejayaan dunia cari asbab dunia dan kalau dia buat amal ibadat pun dia kata ini untuk bekal akhirat.
Orang yang buat usaha agama kena yakin bahawa bantuan dan nusrah Allah s.w.t. akan bersama dengan kita sampai hari kiamat. Sekiranya kita pengusaha agama ada perasaan takut pada mana-mana kuasa, kerajaan dan sebagainya ini bermakna kita belum buat lagi usaha Nabi s.a.w.

Allah s.w.t. telah utus para-para Ambiya’ a.s. tanpa apa-apa asbab walaupun merka ditentang oleh kerajaan yang besar sekalipun. Oleh itulah kita kena yakin bahawa bantuan ghaib dari Allah s.w.t. adalah kebenaran dan hak yang nyata. Bukti usaha ini benar ialah bila orang ramai kata kita tak perlu usaha ini. Orang-orang yang buat kerja ini kadang-kadang mereka kecewa kerana ada orang yang menolak dan tak terima usaha ini maka kita jadi was-was., betul ke! Usaha ini? Kenapa orang tolak usaha ini? Dan mereka jadi lemah dalam usaha ini. Maka mereka akan cari usaha-usaha yang lain pula. Bukti dan hujah yang usaha ini benar ialah mula-mula dan kemana saja kita pergi orang akan menolak usaha ini.
Kita orang yang buat usaha agama ini buatlah kerja ini sebagai satu kerja supaya kita diberi istiqamah dan kalaulah kita tak anggap begitu maka kita tak akan dapat isitqamah. Oleh itu tujuan dakwah tentang 6 perkara itu ialah supaya 6 perkara itu masuk dalam hati sanubari kita.

Bantuan dan nusrah Allah s.wt. tentang usaha dakwah dan orang yang buat usaha dakwah adalah tak boleh dibayangkan betapa besarnya, betapa agungnya, betapa unggulnya, betapa hebatnya bantuan dan nusrah yang Allah s.w.t. beri dalam usaha dakwah ini. Contoh 2 cara macamana kita fikir supaya agama kita terselamat.

1. Kita tinggalkan tempat yang mana boleh mengancamkan agama kita dan ktia pergi ke tempat yang selamat (ada suasana agama) di mana agama dalam diri kita dijaga.

2. Dalam suasana yang tidak beragama tetapi kita hendak menyelamatkan agama yang ada dalam diri kita. Untuk itu agama kita boleh terselamat sekiranya kita buat dakwah dalam suasana itu. Kita kena azam sekarang untuk selamatkan kita punya agama dan bersama itu kita kena azam juga supaya suasana itu berubah. Orang terima atau tak terima itu lain cerita tapi usaha kita kena buat iaitu”saya akan duduk dalam suasana ini dan saya tidak akan terkesan dengan suasana ini”saya akan cuba selamatkan saya punya agama dan pada masa yang sama saya akan dakwah mereka supaya mereka pun ikut suasana saya’ dan kalaulah mereka ikut maka mereka akan selamat dan kalaulah tidak saya akan selamat kerana saya buat usaha dakwah.

Melalui usaha dakwah ini kita kena usaha supaya hakikat 6 perkara masuk dalam hati sanubari kita. Tetapi siapakah yang akan dapat usahakan hakikat ini dalam dirinya? Mereka ialah orang yang dapat membayangkan hakikat yang sebenar tentang 6 perkara itu. Kita dakwah orang pada sembahyang bukan kerana orang tak sembahyang tetapi untuk mendapatkan hakikat sembahyang tersebut dan apabila orang itu sembahyang maka itulah kesannya. Maksud kita buat dakwah ialah untuk mendapatkan hakikat iman dan hakikat sembahyang supaya datang dalam diri kita. Untuk dapat hakikat 6 pekara tadi maka 3 kerja kita kena buat.

1. Yang utama sekali kita kena buat ialah dakwah orang pada kalimah Laa ilaha ilallah. Bermulanya buat satu-satu kerja itu ialah bila mula cakap. Corak dan cara kerja ini bukanlah ikut suasana dan keadaan yang kita nampak. Bila kita nampak masalah dalam Negara kita begitu begini maka kita buat bayan mengikut apa berlaku dan ini bukan cara kita. cara dan corak kita ialah dalam apa jua keadaan kita akan mula dengan iman dan tetap dakwah orang pada iman sebab bila iman dan yakin bertambah maka ia akan mudah untuk amal. Bila kita buat amal maka manfaatnya ialah diakhirat kelak.

2. Usaha atau latihan untuk masukkan hakikat kalimah Laa ilaha ilallah ini dalam diri sendiri.

3. Doa merayu dan menangis didepan Allah s.w.t. supaya hakikat iman itu masuk dalam diri kita sendiri.
Apabila kita dakwah orang tentang kebesaran Allah s.w.t., kita kena buat dengan penuh keyakinan iaitu apa yang saya cakap semua itu adalh benar. MAulana Yusuf rah. beritahu orang yang cakap kebesaran Allah s.w.t. dia kena yakin atas apa yang dia cakap. Orang yang mendengar dan membenarkan percakapan itu maka dia pun akan dapat manfaat. Kita kena usahakan dan latihkan diri kita tentang perkara yang kita dakwah tadi iaitu bila kita berseorangan kita cakap dengan diri kita dan beritahu Allah s.w.t.:”Ya Allah! Tadi saya dakwah orang tentang kebesaran engkau jadi dalam diri saya ada ke tidak tentang perkara itu maka masukkanlah perkara itu dalam diri saya.” Inilah latihan yang kita kena buat. Kemudian kita menangis dan merayu pada Allah s.w.t.:”Ya Allah! Berikanlah pada saya tetang hakikat perkara ini.”
Begitu juga dengan sembahyang kita kena usaha atas 3 kerja iaitu:

1. Dakwah
Kita kena usaha atas sembahyang kita supaya hakikat sembahyang itu masuk dalam diri kita dengan cara dakwah orang pada sembahyang. Bukan maksud kita buat dakwah pada orang yang tak sembahyang kepada sembahyang dan kalaulah begitu kita buat bila semua orang dah sembahyang maka berhentilah kerja dakwah kita. Jadi orang yang buat usaha dakwah ialah orang yang tak sembahyang pun perlu didakwahkan dan orang yang sudah sembahyang pun perlu didakwahkan kerana maksud kita ialah supaya hakikat Sembahyang masuk dalam diri kita. Maulan Yusuf Rah. beritahu pengkhususan sembahyang ini ialah akan dapat menambahkan keyakinan dalam diri kita. Jadi apa saja perkara yang kita ingin wujudkan dalam diri kita maka kita kena dakwah atas perkara itu.
Bila kita buat dakwah tentang sembahyang kita kena letak apa saja kelebihan sembahyang didepan kita. Kalau kita buat dakwah pada orang yang tak sembahyang dan maksud kita supaya orang itu sembahyang dan apabila orang itu tak nak ikut maka kita akan mudah putus asa kerana maksud tak capai dan kita akan kata:”Buat apa kita pergi pada orang yang tak nak dengar cakap lita ,lebih baik kita pergi ketempat di mana orang akan sambut kita punya dakwah.” 

2. Latihan
Buat latihan tantang sembahyang kita ada 2 cara:_
i. Satu usaha sembahyang kita secara zahir.
ii. Satu usaha sembahyang kita secara batin.
Latihan dari segi zahirnya ialah kita kena sempurnakan sembahyang dengan segala rukun-rukunnya dan yang kedua kita kena sembahyang dengan membetulkan segala bacaan dalam sembahyang kita.
Perkara batin ilah kita kena putuskan diri kita dengan segala asbab yang ada didunia ini dan hubungan kita hanya dengan Allah s.w.t.
Secara zahir solat kita ada kena mengena dengan rukun dan secara batin ada kena mengena dengan iman.

3. Doa
Kita kena menangis depan Allah s.w.t. dan minta Allah s.w.t. beri hakikat sembahyang dalam diri kita.
Kalaulah kita letak orang yang tak solat dihadapan kita dan kita dakwah merka pada sembahyang jadi mutu sembahyang kita tak akan meningkat kerana maksud kita hanya nak bawa orang lain pada sembahyang. Jadi bila maksud kita nak bawa orang pada sembahyang maka dia punya mutu sembahyang macam kita punya mutu juga. Maksud kita dakwah orang pada sembahyang ialah supaya semua asbab yang ada pada dunia ini, kita punya sembahyang lebih kuat daripadanya. Kalaulah semua senjata yang ada dalam dunia ini datang menghentam kita, namun pendirian kita tetap iaitu sembahyang kita lebih kuat daripada semua itu.
Kami tidak menilai berapa peratus orang sembahyang tetapi kami akan menilai berapa peratus orang yang ada yakin dalam sembahyang. Amalan kita boleh dikalahkan oleh batil tetapi yakin kita tak boleh dikalahkan olehnya kerana apa saja amal ibadat yang kita buat syaitan pun akan bersama dengan kita punya ibadat tetapi kalau orang itu buat dakwah syaitan akan lari daripada kita. Dalam amalan dakwah syaitan tak boleh bersama dengan kita dan dia akan lari. Bila azan dilaungkan syaitan akan lari dan bila azan berhenti dia akan datang balik bersama dengan orang yang nak sembahyang. Bila qama’ dilaungkan dia lari dan bila orang itu mula sembahyang dia datang balik dan dia akan sama-sama dengan orang yang sembahyang. Tujuan syaitan untuk merosakkan sembahyang kita.

Walaupun amal itu ada pada kita namun hakikat amal tersebut tidak ada, jadi maksud kita punya dakwah ialah untuk menghasilkan hakikat amal itu dalam diri kita sendiri. Dengan cara dakwah, latihan dan doa untuk sembahyang mmaka hakikat sembahyang itu akan datang pada kita.

Ilmu dan zikir. Setiap perkara dan pengetahuan dalam dunia ini bukanlah ilmu sebenarnya. Ilmu yang sebenarnya ialah apa yang boleh dibawa oleh Nabi s.a.w. pada kita. Ilmu ialah ilmu yang boleh Bantu kita untuk menjawab soalan dalam kubur. Siapa tuhan kamu? Siapa NAbi kamu? Ilmu yang boleh menjawab soalan tadilah sebenarnya ilmu. Maksud ilmu ialah pada saat dan ketika itu, saya tahu apa Allah s.w.t. mahu daripada saya. Dapat menyempurnakan tuntutan Allah s.w.t. pada masa itu dengan kesedaran isitu Allah s.w.t. ada dalam ingatan pada masa itu dan apa yang saya buat sekarang ini buat kerana Allah s.w.t. maka inilah intipati daripada ilmu dan zikir. Yakni hokum-hakam dan perintah Allah s.w.t. dibuat dengan kesedaran padaNya. Ilmu itu perintah Allah s.w.t. dan zikir itu kesedaran tentang Allah s.w.t.

Macamana kita nak buat dakwah tentang ilmu dan zikir? Abu Hurairah r.a. kata”Kamu semua ini tak ambil berat dan peduli terhadap warisan-warisan Rasululallah s.a.w. Kamu masih disini sedangkan harta pusaka baginda s.a.w. sedang dibahagikan dalam masjid.” Mereka pergi dan kembali padanya dan berkata:”Kami tidak nampak pun harta baginda s.a.w. dibahagi-bahagikan disana.” Abu HUrairah r.a. berkata:”Kamu tak nampak ke! Halaqah-halaqah Ta’leem (Ilmu) di sana dan itulah harta pusaka baginda s.a.w.” Maksud kita dakwah pada ilmu ialah supaya kita dapat keyakinan tentang ilmu tadi dimana kejayaan saya ialah bila saya dapat amalkan ilmu tadi.

Bila kita buat ziarah atau ghast dan jemput orang pada halaqah ta’leem maka apa yang kena ada pada halaqah ta’leem tersebut ialah hakikat ilmu yang Allah s.w.t. janji untuk beri kejayaan bila orang dapat amalkan ilmu tersebut. Lepas itu kita kena gunakan diri kita dan bua latihan tentang ilmu tadi. Menyertai halaqah ta’leem dan ada hubungan dengan alim ulama. Melalui ta’leem akan datang keghairahan untuk amal dan kita kena belajar dengan alim ulama macamana untuk amalkannya. Kita juga kena mohon dan merayu pada Allah s.w.t. untuk dapat hakikat ilmu tadi.

Begitu juga kita kena dakwah orang pada zikir. Dakwah orang pada zikir bukan bernakna orang dalam kelalaian tetapi kerana sayalah yang lalai. Maksud zikir ialah kita ada ingatan pada Allah s.w.t. Sekiranya kita berzikir alam kelalaian iaitu lupada pada Allah s.w.t. jadi macamana kita kata bahawa kita sedang berzikir. Bila kita sebut Subhanallah 100 kali kita tak fikirkan iaitu Allah s.w.t. suci bersih dari segala kealpaan tetapi kita fikir macamana supaya zikir itu dapat dicukupkan 100 kali. Jadi dihadapan kita hanya bilangan 100 dan ini bukanlah hakikat zikir yang sebenar. Maulana Ilyas rah. tulis surat pada satu karkun dan ingatkan padanya”Sekiranya kamu berzikir dalam kelalaian maka kamu akan bertambah malas dalam beribadat.”
Sebab apa mula-mula kita buat usaha ini, semua amal kita buat rasa khusyuk dan sedap tetapi sekarang apabila dah lama buat usaha semakin merosot pula kita punya khusuk dalam aml kita? Kerana kita buat sebagai adat dan tidak buat sebagai satu ibadat. Zikir bukan bermakna gerakkan lidah tetapi gerakkan hati. Gerakkan lidah hanya asbab untuk bawa ingatan pada Allah s.wt. dalam otak kita saja. Ingatn manusia bukan dikaitan dengan lidahnya tetapi dikaitkan dengan hatinya. Terus terang saya cakap disini iaitu apabila kita guna lidah kita untuk sebut Subhanallah 100 kali maka terus terang saya kata itu bukan zikir. Kenapa? Sebab zikir maksudnya ingat pada Allah s.w.t tetapi kita sebut dalam keadaan lalai (Tak ingat Allah s.w.t.) maka itu bukan zikir namanya.

Zikir bukan tasbih sahaja. Sembahyang pun zikir, baca Al-Quran pun zikir, Allah s.w.t. perintahkan Nabi Musa a.s. “Dirikan sembahyang untuk ingat padaKu”. Maksud zikir ialah ingat pada Allah s.w.t. tapi kalau tak ingat, maka itu bukan zikir. Oleh itu kita kena dakwah pada zikir dengan maksudnya kita nak wujudkan hakikat zikir dalam hati sanubari kita. Dakwah orang pada zikir kerana saya telah lalai bila berzikir pada Allah. Dengan dakwah ini mudah-mudahan allah s.w.t. beri saya hakikat zikir dan apabila saya berzikir saya dapat ingat pada Allah s.w.t. Kita melaksanakan amal ibadat yang lain dengan adanya ingatannya pada Allah s.w.t. Segala perintah-perintah Allah s.w.t. ialah zikir. Perintah Allah s.w.t. itu zikir. Sembahyang itu zikir, puasa itu zikir, haji itu zikir, ilmu itu zikr dan semua itu zikir. Baginda s.a.w. beritahu setiap orang yang taat dia zikir. Taat disini bermakna ia ikut perintah Allah s.w.t. dan orang yang taat perintah Allah s.w.t. kerana dia ingat pada Allah s.w.t. jadi orang yang langgar perintah Allah s.w.t. kerana dia lupa pada Allah s.w.t.

Sekarang kita sudah asingkan badan kita iaitu ibadah lain, zikir lain sedangkan semua amal ibadat itu zikir. Zikir itulah sebagai asbab nak bawa kita ingat pada Allah s.w.t. Allah s.w.t. tidak perintah pada Musa a.s. “Kamu sembahyanglah dan berzikirlah” tapi Allah s.w.t. kata:”Dirikanlah sembahyang untuk ingat padaKU.”

Perttama sekali kita kena dakwah orang pada zikir supaya hakikat zikir itu datang pada kita dan supaya segala amal-amal kita dapat buat dengan berserta dengan ingatan pada Allah s.w.t. Dan lepas itu menangis dan merayu pada Allah s.w.t. supaya hakikat zikir itu ada pada kita. Minta pada Allah s.w.t. supaya kita dapat ingat pada Allah s.w.t.

Kita juga kena usaha atas ikram. Ikram muslimin ialah dapat jaga orang Islam punya kedudukan atau keadaan. Ikram muslimin tak cukup dengan kita memaafkan hal kita dan hal orang saja tetapi ikram muslimin itu sendiri sangat besar dia punya keluasa. Hukum-hakam dan perintah-perintah Allah s.w.t. terhadap ikram ini begitu banyak dan cara-cara yang kita perlu amalkan dalam perkara ini begitu payah juga. Mula-mula saja kita sebut ikram muslimin. Apakah maksudnya? Kita muliakan orang bukan kerana dia saudara, kawan, buat baik pada kita, kesian dan sebagainya tetapi kita ikram dia kerana dia Islam. Sekiranya kita ada sifat ikram muslimin maka akan dapat wujudlah perasaan ummat. Sekiranya kita memuliakan orang Islam kerana dia orang Islam maka kita persaudaraan ummat akan dapat diwujudkan dan kalaulah kita ikram orang kerana kita ada hubungan dengan mereka maka ini akan terjadi puak-puak. Hakikat yang sebenar ikram muslimin ialah kita dapat memuliakan orang Islam kerana dia seorang Islam.

Cara kita nak muliakan orang Islam adalh berbeza-beza. Macamana kita nak ikram karkun lama dan karkun baru? Atau rakan seusaha lama dan rakan seusaha baru, jadi macamana nak ikram? Caranya ialah orang lama kena ikram pada oraang baru dan apa saja kerenah orang baru, orang lama kena sabar.

Sesiapa saja masa itu bila masuk Islam dan datang ke Madinah jumpa Nabi s.a.w. maka mereka semua adalah sahabat. Orang-orang yang baru dapat Islam dan datang ke Madinah merka akan diagih-agihkan pada sahabat yang sudah lama Islam sebagai tetamu mereka supaya orang baru ini dapat diajar agama, Quran, sembahyang dan sebagainya. Satu putra raja (Muaz r.a.) dia datang pada Rasululallah s.a.w. di Madinah. Kemudian dia diberi pada Muawiah r.a. sebagai tetamunya. Muawiah r.a. ketika itu terlalu miskin hingga kasut pun tak ada nak pakai tetapi Muaz r.a. pua ketika itu berpakaian hebat, kuda pun gagah sesuai sebagai putera pada masa itu. MUawiah r.a. bawa Muaz r.a. ke rumahnya. Dalam perjalanan mereka lalu kawasan sahara iaitu padang pasir. Muawiah r.a. berjalan kaki tanpa kasut sambil pegang tali kuda Muaz r.a. Oleh kerana kawasan berpasir dan panas Muawiah r.a. minta naik atas kuda Muaz r.a. tetapi Muaz r.a. tak benarkannya kerana dia khuatir nanti orang ramai akan kata macam-macam dan jatuh martabatnya sebagai seorang putera. Muawiah r.a. minta pinjam kasutnya pula ttapi Muaz r.a. tak beri dan berkata”macaman ni! Orang miskin pakai kasut orang kaya.” Sampai dirumah, MUawiah r.a. tetap melayani Muaz r.a. seperti biasa, sam juga dia melayani tetamu-tetamu yang lain yang pernah dipertanggunjawabkan oleh Rasulullah s.a.w. Dia ajar agama beri minum, makan dan sebagainya.

Semasa Muawiah r.a. menjadi khalifah, Muaz r.a. datang menziarahimnya dan dia dibenarkan masuk berjumpa dengan Muawiah r.a. Bila mereka berjumpa, Muawiah r.a. Tanya Muaz r.a. adakah kuda kamu lebih mulia atau kerusi aku sekarang ini lebih mulia dan adakh kasut kamu lebih mulia atau kasut aku sekarang ini yang lebih mulia. Maka Muaz r.a. dengan mernedah diri meminta maaf atas perkara yang berlalu dan berkata:”Janganlah tuan ungkitkan kembali cerita itu kerana saya masa itu baru beragama Islam.”
Kesimpulannya ialah orang-orang lama mesti ikram orang yang baru walau apa saja perangainya atau tingkah lakunya kita kena ikram mereka juga kerana merak adalah orang baru dan tidak mengetahui (faham). Bila ikram sebegini cara dapat dibuat maka orang lama akan maju dan orang baru akan dapat tarbiah. Sekiranya kita mula melihat keburukkan orang maka ini merupakan satu asbab untuk perpecahan.

Apakah itu ikram muslimin? Sepertimana kita sering dengar iaitu jangan kita tuntut hak kita tetapi kita menunaikan hak-hak orang lain dan inilah darjat ikram yang paling rendah. Darjat ikram yang paling tinggi ialah kita kena menyembunyikan keaiban saudara-saudara kita. Amalan menyembunyikan keaiban saudara kita akan melenyapkan keburukkan itu. Tetapi jika sebaliknya maka seluruh keburukkan saudara kita akan tersebar. Luaskanlah hati saudara kerana inilah tuntutan ikram.
Salah satu daripada ikram ialah tidak membawa orang lain pada usul tetapi kita kena berada atas usul tersebut. Kita kena latih diri kita pada sifat ikram dan segala perkara yang bertentangan dengan ikram kita cuba elakkan diri kita. Selalu kita rasa gelisah selagi kita tidak membuka keaiban orang. Cuba latihkan diri kita supaya dapat hilangkan perkara yang tak baik ini. Hakikat ikram yang sebenar ialah akhlak Rasulullah s.a.w. Tangis dan rayu pada Allah s.w.t. supaya hakikat sifat ikram ini datang pada kita.

Kita kena ikhlas dalam setiap amalan kita. Kalaulah datang sedikit perasaan riak dalam amalan kita maka kita telah jatuh pada syirik. Bukan sahaja kita tidak akan dapat apa-apa faedah dari amalan tersebut malah kita akan diazab diakhirat kelak kerana sifat riak itu. Ikhlas ialah kita kena yakin pada janji-janji Allah s.w.t. Kita kena ikhlas dalam setiap amalan yang kita buat supaya mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan yakin pada janji-janji-Nya.
Kita kena latihkan diri kita supaya ikhlas datang dalam setiap amalan kita. Begitu juga kita kena rayu dan menangis pada Allah s.w.t. supaya Dia beri sifat ikhlas ini pada kita.

Maksud kita buat usaha agama ialah supaya orang Islam dibumi ini dapat membawa usaha Rasulullah s.a.w. Kita kena buat usaha atas manusia kepada malan yang kehendaki oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun semua ibadat seseorang itu sudah buat tetapi dia kena buat juga usaha agama yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. barulah sempurna agamanya. Seseorang yang buat usaha dakwah maka dia tidak akan tinggalkan amal ibadatnya. Sepertimana seorang muazin, selepas azan dia akan bersembahyang.
Usahalah supaya usaha baginda s.a.w. dapat dihidupkan dan atas maksud itulah kita kena keluar kejalan Allah s.w.t. dan tunaikan takaza-takaza agama. Kita kena tinggalakn sebentar keperluan dunia. Kita juga mesti selalu menangis pada Allah s.w.t. supaya Allah s.w.t. berikan kekuatan kita untuk membuat usaha dakwah ini. Akhir sekali, tengoklah kelemahan kamu dan jangan tengok pengorbanan kamu. Sekian Assalamualaikum

Semoga Apa Yang Kita Baca KIta Dapat Amalakan Dan Dapat Sampaikan , InShaaAllah .

Doa kan aku bulan 11 keluar 4 bulan & 40 hari negara & negeri orang inshaaAllah , Ya allah pilih lah aku ya allah .  #JemaahKgKuantan #Tabligh&Dakwah #MasjidSriPetaling .










My Memory With Arwah Nenek
Monday 7 July 2014 | 07:56 | 0 BlackWhite


     Assalamualaikum wbt . Nenek adalah seseorang yang telah mengajar aku erti kesabaran , tanggungjawab dan keimanan secara aku tidak menyedarinya .


    Pada tahun 2010 nenek jatuh sakit , iaitu penyakit saraf yang menyebabkan nenek tidak boleh bergerak bebas tapi boleh berjalan sikit demi sedikit sahaja .  Pada 2011 nenek langsung tak boleh bergerak dan berjalan . Jadi semenjak itu angah tidur bersama nenek . Nenek adalah ujian allah berikan pada keluarga angah , Setiap masa setiap waktu nenek hanya menjerit memanggil nama angah , angah kesian melihat keadaan nenek yang tidak boleh bergerak , ramai yang telah hilang sabar dengan nenek , memang tak dinafikan nenek membuatkan semua orang hilang sabar kerana sikap nenek menjerit-jerit , cerewet dan suka marah orang Tapi angah tetap menjaga nenek walaupun perangai macam tuu , Angah  cebokkan najis berak kencing nenek , suapkan nenek makan , tukarkan pempes nenek , mandikan nenek , pakaikan baju nenek , tukarkan kain nenek . Bila tengah malam angah berjaga sebab nanti nenek suruh angah garukan belakang nenek , bila angah tertidur jerr   , nenek pukul angah guna kayu , baling cawan yang penuh air nescafe kat angah , senang cite nenek baling apa yang nenek capai , walaupun badan nenek tak boleh bergerak tapi tangan kiri nek memang kuat , tangan kanan nek dah keras , angah rindu semua tu dan sampai satu masa angah tengah tidur , Tapi nenek pukul angah guna kayu tu kan , wuu sumpah memang sakit gyle mula-mula setelah lama angah kena macam tu sampai suatu masa angah boleh mengelak-gelak bila nenek ayunkan kayu tu kat angah masa angah dibawah separa sedar , angah hanya mendengar ayunan kayu dan mengelak ke kanan ke kiri sengetkan kepala gulingkan badan hahaa dengar macam kelakarkan , tapi itulah kisahh benar . Nek sedar tak ? sebenarnya angah dah jadikan nenek macam anak angah sendiri . Angah susah nak marah nenek tapi angah lagi bergelak dengan nenek , buat lawak bodoh , menari , berguling dan berjoget-joget . Nenek tahu tak kenapa angah buat semua ni ? sebab angah inginkan nenek tersenyum dan bergelak , angah suka lihat nenek happy angah faham penderitaan nenek , angah dapat selami jiwa seseorang . Sampai SPM pun angah tak dapat nak tidur nek kalau nek nak tahu  . Nenek seperti bayi yang sentiasa merengek , bayi reti jugak tidur tapi nenek tak reti tidur , tidur pun hanya sejam dua jer . Nenek adalah tanggungjawab angah .


       24 jam TV kat bilik tak tutup , bila angah tutup jer tv nenek marah mengamuk gamuk nenek suruh buka balik tv hahaa baik lah nenek . Pastu bila angah tertidur jer , nenek naikkan volume tv sampai 100 , wahhh memang bergegar rumah dibuatnya , bukan family kita jer bangun nek malahan jiran-jiran semua terjaga pukul 3-4 pagi  . Nek masa ada fon , habis nenek call angah sahaja , setiap masa pulak tuh nenek call , sampaikan angah padam no angah dalam fon nenek , angah minta maaf angah terpaksa nek .              
                              Angah paling suka berborak masa tengah cebokkan nenek , nenek akan ceritakan pasal kisah kisah nenek masa muda-muda hahaa , nenek selalu ceritakan yang nek jadi penyanyi terkenal lah pastu ratu cantik lah haha angah layankan jer  lepastu nenek suka tengok cermin dan cakap nenek cantik , nak pakai gincu lah itu lah ini lah haha , Bila angah bertanyakan sekarang tahun berapa ? nenek mesti cakap tahun 2012 , Maknanya kali terakhir otak nenek berfungsi pada 2012 . Nek , sebenarnya angah ada rahsia nak bagitahu nenek , setiap kali angah balik dari sekolah , main bola dan sebagainya , angah selalu menyorok daripada nenek , angah sanggup merangkak melepasi bilik nenek , bukannya apa! angah sebenarnya nak mandi dulu , sebab bila nanti nenek nampak sahaja kelibat angah nenek pasti menjerit sekuat-kuatnya . Sampai jiran-jiran memaki hamun dan memandang hina pada family kita ni nek , mereka tidak faham , tidak mengapa lah , ini semua ujian Allah swt .


              Allah Telah mengetuk pintu angah untuk menerima hidayah pada pertengahan bulan 5, 2014. Angah telah mula dekatkan diri angah dengan allah . Dan pada waktu yang sama jugak , masa angah pulang dari masjid , yang angah pelik , tidak mendengar jeritan nenek , angah masuk sahaja dalam bilik angah terkejut nenek tiada atas katil , Angah terus menjerit ! nenek mana ??? rupanya ayah dah bawak nenek pergi hospital naik ambulance , angah call ayah dan itulah pertama kali angah tinggi suara pada ayah . Angah boleh jaga nenek lahh !! angah berjanji dengan ALLAH akan menjaga nenek sampai nafas terakhir nenek ! angah seorang sahaja memahami nenek ! walaupun nenek selalu marah dan pukul angah ! angah tetap bersama nenek dalam keadaan nenek terbaring kaku tidak boleh bergerak ! Angah tetap bersama nenek!! . Nek tahu tak ? apa yang angah rasakan ? Perasaan angah ketika itu seperti seorang ibu kehilangan anaknya .


     Angah terus bergegas ke hospital jugak waktu tu ! Angah sangat risaukan keadaan nenek . Pada malam tu sekitar jam 10 malam angah jumpa nenek kat hospital , nenek menjerit-jerit di wad separa kecemasan kerana angah faham nenek dah 4 tahun tak merasai suasana luar , angah dan kak com ada di hospital menunggu keputusan doktor . Akhirnya alhamdulillah  pukul 7 pagi baru nenek dapat dipindahkan ke wad tingkat 7 Dan kak com pun balik , angah menunggu nenek keseorangan dengan tak tidur lagi dari semalam . Ketika itu keadaan nenek sangat tenang , angah pun turun dan pergi lah ke kantin jam 9 pagi nak sarapan , lapar betul . Lepas angah habis sarapan , angah naik kembali nenek tiada ditempatnya , angah pun tanya lah nurse yang ada kat situ ! Nenek aku mana kau letak ?? Rupanya nurse tengah mandikan nenek pagi tuh , angah terus lari pergi kat nenek , dalam keadaan nenek terjerit-jerit , angah datang jer semua nurse pulak yang lari , nurse tak tahu cara mandikan nenek , angah seorang sahaja yang faham  .


        Angah sehari suntuk kat hospital menjaga nenek . Satu hari ada 24 jam , 20 jam angah jaga nenek kat hospital , 4 jam angah balik rumah untuk mandi tidur jap pastu datang jaga nenek balik , tukar shift dengan along , along pulak jaga nenek kat hospital , along pun dah sibuk call angah banyak kali , dia malu nek , sebab nenek seorang jerr menjerit-jerit kat wad Tapi angah ada cara menenangkan nenek , nak  handle nenek sepenuhnya , angah ada banyak caranya , angah duk kat hospital , tak boleh tidur nek , angah mendodoikan nenek dengan bertasbih laiilahailallahh subhanallah dan hasbi rabbi . Sampai orang duduk katil berdekatan , diorang memuji angah nek bukan pesakit yang berdekatan sahaja memuji angah malahan nurse dan dokter , kerana nurse dan dokter kata , " saya tak boleh nak kawal pesakit macam nenek awak , tapi awak boleh mengawal dengan sangat baik , beruntung nenek awak dapat cucu macam awak " , semuanya dengan keizinan allah swt . 4 Hari nenek di hospital dan baru berangkat balik ke rumah , 4 hari angah jaga nenek kat hospital , mata memang bengkak , sampai nurse pun angah dah kenal . Nenek paling suka nyanyi lagu " selamat pengatin baru , putih-putih melati dan lagu Neymar " 





      Nenek sampai jer kerumah angah kegembiraan , angah berjaga  sebelah nenek tak tidur sangat . Masa angah duduk sebelah nenek berjaga malam , angah buka youtube pasal keislaman , dan angah sentiasa menangis disebelah nenek , Kerana angah sudah mengenal apa erti itu islam .

        2 minggu sebelum itu , Angah merasakan nenek sudah tidak lama , Angah dah kenal islam yang sebenar lalu angah mengajarkannya kepada nenek walaupun nenek tidak faham , ANGAH ajar nenek mengaji alif ba ta , walaupun nenek hanya dapat sampai  alif di atas ha alif di bawah eii alif didepan uuu bunyinyer apa nek ? AA EII UU , angah dah bersyukur , kalau nek ingat , nenek lah yang ajar angah mengaji masa umur angah 6 tahun dahulu , Angah ingat lah lagi bila nenek berzikir subhanaallah , angah suka sangat kerana naluri angah mengatakan nenek tidak lama lagi , angah ajar nenek mengucap kalimah la illah ha illa allah . 

    Pada tarikh 2/6/2014 menjadikan sejarah dalam hidup angah . Angah selalu menipu nenek , bila angah nak keluar dari rumah , nenek tanya " kau nak kemana angah ? " angah jawab angah nak pergi mandi kejap nanti 5 minit angah datang , nek tak pelik ke angah mandi 5 kali sehari ? angah tak bermaksud nak menipu nenek , sebenarnya angah ke masjid nek . Pagi itu angah cari jalan macam mana nak mengusir semut yang banyak kat katil nenek , angah pun letak lah timun sebab dalam google kata semut benci timun , bila angah kat masjid , ayah call , kenapa kau letak timun kat bantal nenek ? habis penuh bersemut ? angahh minta maaf sangat sangat nekk !! KALI TERAKHIR angah bertemu nenek pada waktu sebelum masuk asar , angah tengah mengaru belakang nenek sambil mengajar nenek berzikir , dan buat kali pertama sebelum angah nak keluar , angah mencium dahi nenek , ketika itu keadaan nenek sangat tenang , dan petanda nenek nak pergi apabila nenek taknak makan tak nak minum selama sehari , dan nenek berpesan kat angah , " Baca lah yassin untuk nenek angah , nenek dah nak mati " , angah paling tak suka bila nek cakap macam tu . 2/6/2014  iaitu hari dimana nenek tidak menjerit , dan keadaan nenek sangat tenang . 


       Angah bersolat di masjid meru pada waktu asar dan terus sambung ke maghrib dan ke isyak , angah tinggal berseorangan di masjid sampai pukul 10 malam , nek tahu angah buat apa ? Angah berdoa bukan untuk nenek sembuh TETAPI angah doa " ya allah kau permudahkan lah urusan nenekku dengan mu ya allah , jika telah tiba masanya , kau ambil lah nyawanya dalam keadaan dia tenang , kau cabut lah nyawanya dia seperti kau mecabut nyawa rasulullah saw iatu penuh lemah lembut pastu angah sedekah kan alfatihah kat nenek " angah doa macam tu bukan sebab apa , sebab nenek selalu berdoa supaya allah mengambil nyawa nenek dengan cepat dan angah merasakan nenek memang tidak lama , angah menangis nangis kat masjid tu nek tahu !! Angah habis sahaja doa , angah pun keluar masjid lalu angah tengok fon, ayah mesej pukul 10 malam macam tu " NENEK DAH MENINGGAL " YA allahhhhhhhh !!!! angah menjerit di masjid , angah  cepat naik motor bawak selaju mungkin sampai ke rumah , air mata angah tidak berhenti nekkk!!!! ya allahh kau telahh memakbulkan doa aku pada waktu ini juga rupanya ya allah !!! angah sudah hilang perasaan malu pada jiran-jiran sedara mara dan keluarga , angah menangis tiada henti !! 


       Malam Terakhir angah bersama jenazah nenek , dan malam itu adalah malam terakhir angah menjaga nenek , malam terakhir angah tidur sebelah jenazah nenek juga , kepala angah letakkan pada bahu nenek dan angah gengam tangan nenek  sambil berzikir dan baca  alif ba ta yang angah selalu ajarkan kat nenek , Malam terakhir Bersama nenek tapi dengan jasad sahaja , angah bersama jasad nenek sahaja ya allahh !! , angah mengengam tangan nenek yang sudah tiada nadi sambil angah mengirimkan al fatihah tanpa henti , air mata angah seperti air terjun tiada henti , malam itu angah tidak tidur pun nek , Angah menguruskan jenazah nek sampailah angah yang menyambut nek di liang lahad , Tanggungjawab angah terhenti sampai di tarikh 2/6/2014 angah redha nek . Nek nak tahu apa permintaan terakhir angah kat nenek malam tuh , angah ingat malam tu nak balik dan nak minta izin nenek , angah nak pinjam tasbih putih nenek , tapi tak sempat ! 

      
               Seminggu 4 aatau 5 kali angah datang ke kubur nenek untuk membaca kan yassin , al fatihah dan berdzikir untuk nenek . Setiap kali angah ke kubur angah pasti terfikir , bagaimana keadaan mereka yang berada di alam barzarkh ? walau berpanas pun angah datang duduk di sebelah kubur nenek untuk berzikir , angah memang menahan air mata ketika berada di kubur , aku tahu adab menziarahi kubur , Angah berdoa supaya allah menjaga nenek dengan baik . Setiap solat angah , pasti angah doakan nenek , yang angah paling sedih , Angah tidak dapat bersama nenek ketika waktu ajal nenek sampai . DALAM TAK SEDAR NENEK SEBENARNYA SUDAH MENGAJAR ANGAH BANYAK  PERKARA DALAM HIDUP ANGAH INI  TANGGUNGJAWAB , KESABARAN , TIDAK PUTUS ASA , KASIH SAYANG , BELAS KASIHAN DAN BERSYUKUR ATAS NIKMAT ALLAH BERI .

  Angah tulis di blog ni nek , angah tak mengharapkan sesiapa pun membacanya . tapi angah nak menyimpan memori angah bersama nenek sampai bila-bila di blog ini , supaya lagi 30 atau 40 tahun jika angah masih hidup lagi , angah akan membuka blog ini kembali untuk mengimbas kembali memori kita bersama .

 Arwah Nenek : Rahimah binti Anet . 


ANGAH BERJANJI AKAN MEMIMPIN TANGAN NEK KE SYURGA DAN SELURUH UMAT ISLAM KE DALAM SYURGA YANG KEKAL ABADI BERSAMA DENGAN KEKASIH ALLAH RASULULLAH SAW . INSHAALLAH


     
         















Older Post